preloader

Pernahkah kita terfikir, mengapa kita tidak pernah berjaya dalam kehidupan, tidak ada ketenangan jiwa dan tidak memiliki segala bentuk kemewahan dunia? 

Tidak seperti kawan-kawan kita yang lain. Sedangkan mereka juga sama seperti kita.

Belajar tinggi sehingga ke Universiti,
Bekerja keras dalam mencari rezeki,
Beragama,
Hidup berkeluarga,

Di manakah silap kita?

Sehinggakan ada ketikanya hidup kita ini terus menerus diuji oleh Allah SWT.

Di Uji dengan kesihatan…
Di Uji dengan kewangan…
Di Uji dengan perhubungan…

Adakah Tuhan Membenci kita?

Tidak!

Jawapannya kerana tidak ada takwa dalam diri kita.

Kita tidak pernah mencari tuhan ketika senang mahupun ketika kita susah.

Ya.. Kita Islam, tetapi adakah kita bertakwa?

Apa makna takwa yang sebenar?

Takwa itu adalah satu aset yang amat penting untuk dunia dan juga akhirat. Setiap daripada kemenangan, kejayaan dan juga keselamatan, ditentukan oleh takwa. Jadi, takwa itu sangat mahal. Kalaulah di dunia ini banyak perkara yang perlu kita cari, maka takwa itu adalah pencarian yang harus diutamakan.

Kerana Allah SWT berfirman:

“Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat takwa.” Surah Al-Baqarah ayat 197

Walaubagaimanapun, penting untuk kita tekankan bahawa ketakwaan itu adalah untuk semua orang dan bukannya ‘konsep khusus’ untuk orang-orang yang alim. Ia adalah salah! Ketakwaan adalah sesuatu yang kita semua patut berusaha untuk mendapatkannya, bina dan suburkan dalam jiwa. Ia adalah untuk semua orang yang bergelar muslim. Hanya kebaikan yang akan tumbuh daripada ketakwaan dan kebaikan ini akan membawa kita kepada cara hidup yang mulia dan produktif. Dan itulah ‘kejayaan sebenar’ bagi orang yang bertakwa.


Apa yang menarik tentang buku ini?

  •  Menggabungkan dua aspek penting dalam kehidupan kita sebagai manusia: kejayaan dan ketakwaan.
  • Menawarkan banyak panduan dan juga tip-tip kejayaan di dunia dan di akhirat.
  • Menyelitkan kisah-kisah para nabi dan para sahabat yang boleh memberikan inspirasi dan juga motivasi serta boleh merangsang semangat pembaca dalam mencapai matlamat mereka dengan jalan dan cara yang betul.
  • Membantu membentuk ketahanan mental dan juga emosi pembaca. 
  • Ditulis dengan mengambil motivasi daripada tadabbur ayat-ayat takwa di dalam al-Quran.

Dapatkan buku Yang Bertakwa Pasti Berjaya dengan harga RM19 sahaja. Jadilah 100 pembeli terawal untuk mendapatkan

  • autograf penulis
  • fridge magnet eksklusif Karya Bestari

 

Dapatkan karya Tuan Fazrul yang lain, buku Sinopsis 114 Surah.