Terkadang …
Kita bukan ingin menjadi pendendam. Tapi, kita tak dapat lupakan perbuatan orang kepada kita.
Tragedi, fitnah dan penemuan misteri menyemarakkan pembalasan dendam seorang gadis, Dewi Kasturi atas kehilangan ibu ayahnya dalam novel Telapak Iblis. Berlatarkan tahun 1947, karya ini membawa pembaca menyelusuri kisah asal-usul telapak misteri di rumah agam Vila Cinta Mentari.
Namun, kisah ini tidak berakhir di situ sahaja. Tanpa disangka, rahsia yang terpendam selama 70 tahun tersingkap semula oleh Tiara. Antara dua gadis ini, wujud suatu kaitan yang mencengkam. Sejak itu, bunyi bonang mula kedengaran. Loceng kaki bergemerincingan. Ada yang mahu Tiara dan keluarganya keluar dari vila itu.
Keberanian Tiara kini perlu dibayar dengan harga ketakutan keluarganya sendiri. Selamatkah mereka daripada sesuatu yang bangkit kembali angkara dendam silam?
Kali ini, Buku Prima membawakan karya segar daripada penulis baharu, Izzatin Yassin. Beliau yang mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan kreatif sejak usia 17 tahun ini memilih karya fiksyen genre seram sebagai debutnya. Gadis kelahiran Pulau Pinang ini juga beraspirasi menjadi penulis novel yang berjaya menghasilkan karya-karya berkualiti serta memberi manfaat kepada pembacanya.
Jika anda pernah baca novel-novel ini dan anda sukakannya, kami cadangkan untuk anda dapatkan novel Telapak Iblis sekarang sebelum kehabisan stok!
Dapatkan novel Telapak Iblis dengan harga RM30 sahaja.