Pernah tak ketika sedang enak membaca al-Quran, tiba-tiba mata terhenti pada beberapa ayat yang agak samar untuk difahami?
Bukankah lebih senang jika Allah menggunakan bahasa mudah untuk menyampaikan sesuatu perkara, tanpa berkias?
Manusia, sifatnya ingin tahu apabila ada perkara unik mula menjentik rasa itu. Lalu, tujuan perumpamaan atau kiasan yang didatangkan dalam al-Quran, adalah untuk mengajak manusia mencari makna tersirat di sebaliknya.
Perumpamaan atau kiasan Tuhan dalam al-Quran juga membuktikan, kitab suci ini adalah karangan Allah yang terbuka dengan pelbagai tafsiran, selagi ia tidak menyeleweng.
Namun, sejauh mana kiasan Tuhan ini mampu menjentik emosi dan mempengaruhi diri?
Melalui buku ini, Dr. Arif Musa menjelaskan beberapa bentuk kiasan atau perumpamaan yang terdapat dalam al-Quran. Juga disertai penjelasan dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya.
Menggunakan laras bahasa yang estetika, membuatkan kiasan yang diterjemah, menghasilkan mesej penting untuk diteladani. Bahkan membantu kita memahami rahsia Tuhan.
Menunjukkan kelebihan ilmu
Sebagai ilmu asas tafsiran mimpi
Menunjukkan sesuatu kebenaran tidak semestinya disampaikan secara langsung
Menggalakkan manusia berfikir secara kritis dan kreatif
Naskhah ini ditulis oleh seorang pensyarah yang sedang berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia, di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.
Juga merupakan panel pentadabbur al-Quran dalam program My#QuranTime di TV9 dan Quran@114 di TV AlHijrah.