Inilah buku yang akan membawa kita menerokai dan menggali peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang luar biasa.
Semua persoalan-persoalan ini akan terjawab di dalam buku ini.
Menarikkah isi kandungannya?
Menarik dan luar biasa!
Di dalam buku ini, kita bukan hanya diperlihatkan kepada kisah-kisah sejarah yang penting, tetapi juga menyaksikan perjalanan yang sarat dengan keajaiban, pengajaran, dan juga inspirasi.
Penulis akan membawa kita melalui setiap langkah perjalanan Nabi Muhammad SAW secara terperinci, merenungkan makna dan juga pesan-pesan yang tersirat di sebaliknya.
Dari Masjid al-Haram ke Baitul Maqdis, kemudian naik ke langit, di mana Baginda SAW berinteraksi dengan para nabi a.s, menerima petunjuk secara langsung daripada Allah SWT serta menyaksikan pelbagai keajaiban Ilahi. Bak kata, setiap episode perjalanan itu adalah satu pengalaman yang menggetarkan jiwa.
Di dalam buku ini terdapatnya pesan-pesan dan mesej-mesej yang sangat berharga yang dapat kita ambil untuk menghidupkan kembali semangat kita dalam kehidupan seharian.
Setiap halaman buku dipenuhi dengan kata-kata yang memikat, membawa kita ke dalam pengembaraan yang menakjubkan, merangsang pemikiran, dan menghidupkan semula makna sebenar ketuhanan.
Peristiwa ini mengajarkan kita tentang keimanan, ketabahan, dan juga ketaqwaan. Ia memberikan kita pandangan yang mendalam tentang hubungan manusia dengan Tuhan dan betapa dekatnya kita dengan-Nya.
Menarik bukan?
Jadi jangan lepaskan peluang. Jadilah pembaca terawal. Dapatkan segera buku Isra’ & Mi’raj: Perjalanan Kepada Yang Maha Agung, dan terokai keajaiban serta mesej-mesej berharga yang tersimpan di dalamnya.